Sunday, November 26, 2006

3 RULES FOR A NEW CAR BUYER

1. Never buy a Proton: My boss once said "NEVER BUY A PROTON", dalam hati aku (kalau ko bagi aku gaji 5k dah tentu aku tak beli proton) hehe. Daripada pengalaman peribadi aku, jangka hayat proton hanya setahun sahaja, titik. nokhtah! Sebagai contoh; genap je setahun, 'power window' kereta aku (sebelah kiri) tak berfungsi. Bulan ke 14, tingkap sebelah kanan pulak rosak. Genap 2 tahun, lampu kecemasan pulak kong. Kereta kakak aku pun ceritanya lebih kurang sama dengan aku, masuk tahun kelima, bunmbung dah berkarat. Aku tak dapat bayangkan macamana, syarikat yang dah berusia 20 tahun boleh jual kereta yang macam SAMPAH. Untuk kompeni yang dah berusia 20 tahun, tapi masih bergelut dengan masalah kualiti, pada aku memang tak boleh diterima akal. Kalau kompeni baru 2 bulan takpe, ni dah 20 tahun. Untung dah berbillion, tapi masih menjual sampah pada rakyat Malaysia. Pada pendapat aku masalah sebenar Proton berasal dari penggunaan bahan yang tak berkuali = murah = sampah. Walaupun QC bagus(kalau la bagus), tapi kalau 'raw material' hampeh, hampasla 'finished good' jadinya.

2. Window shopping for car loan; Jangan biar pengedar kereta yang memilih pinjaman kereta untuk anda, kerana kebiasaannya pinjaman kereta akan mengambil masa 5-9 tahun(it's a lot of money). Kalau boleh, usha la bank-bank yang menawarkan pinjaman, kerana setiap bank menawarkan kadar bunga yang berlainan(tak seperti rumah blr=6.25). Pilihlah kadar bunga yang paling rendah sekali. Perlu di lihat juga, perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank berkenaan, jika boleh pilih bank yang mempunyai pelbagai saluran pilihan untuk membayar pinjaman. Contohnya; payment over the counter, cash deposit machine, online banking, cheque deposit machine, ataupun kad kredit. Bagi aku ciri ini sangat penting sekali, kerana sebagai pelanggan, 'we deserve the best service'. Pengalaman aku dengan Public Bank, walaupun bank ini menawarkan bunga yang rendah (ketika itu 3.3%) servis yang ditawarkan tidak menyeluruh. 'Payment over counter' nya sangat effisen kerana walaupun seramai mana pelanggan di bank pun , paling lama kena tunggu 15 min. Tetapi cara pembayaran yang lain hanyalah cheque deposit machine. Bagi aku, cara yang paling senang ialah dengan menggunakan 'hire purchase payment transfer' melalui maybank2u. Setiap transaksi akan dikenakan bayaran RM2.

3. Choose your insurance wisely; Sepertimanan yang kita tahu, terdapat dua jenis penginsuran: konvensional dan takaful. Setiap penginsuran ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Contohnya Takaful Nasional mengamalkan konsep pembahagian keuntungan dimana setiap premium yang dibayar akan dilaburkan dan secara mudahnya anda akan dapat cash/cheque sekali setahun bergantung pada nilai premium, tahun, dan peratus pembahagian. Ada pula syarikat insuran yang menawarkan perkhidmatan kecemasan 24jam (towing service). Sejak 5 tahun kebelakangan ini, aku perasan orang-orang melayu lebih tertarik kepada takaful, tak kirala samada takaful nasional, takaful ikhlas, takaful malaysia dan sebagainya. Semacam menjadi 'trend' sekarang ini semakin ramai yang memilih takaful berbanding dengan konvensional. Tapi... nasihat aku kepada bakal pembeli kereta, jangan terpesona/terpedaya dengan nama takaful sahaja, kerana akhirnya.. sebagai pelanggan kita tetap layak mendapat perkhidmatan yang terbaik. Menurut pengalaman/pendapat peribadi aku, takaful dan konvensional tidak ada bezanya! Pengalaman aku bersama takaful nasional, apabila kereta anda mengalami kemalangan tidak ada bezanya dengan syarikat insuran yang lain, in the end its always down to business (business is business) huhu . Persoalan pertama, tujuan membeli insuran adalah untuk melindungi kereta apabila berlaku kemalangan. Oleh itu, 'always choose the best'!

Sunday, September 03, 2006

My Best Friends Wedding...

Pada 02 September 06 berlangsunglah majlis pernikahan rakan karibku. aran n elya. Semoga hidup bahagia selamanya..


Bergambar sebelum berangkat ke rumah pengantin pompuan.


Hantaran dari pihak lelaki.


Khusyuk mendengar khutbah nikah


Aku terima nikahnya...


Yea yea, dah boleh; (muhahaha) kata aran dlm hatinya.


Tah tengah buat ape tah nih, tak ingat la aku..


Selamat tinggal rakan-rakan seperbujangan. heh

Thursday, August 31, 2006

ada apa dengan merdeka???

Friday, July 28, 2006

JFK : Conspiracy Theory

Malam kelmarin aku telah menonton filem yang bertajuk JFK, singkatan bagi John F Kennedy. Ceritanya berkisar tentang pembunuhan JFK dan pendakwaraya yang cuba mengungkai konspirasi di sebalik pembunuhan JFK. Filem yang menarik dan membuatkan aku terfikir.. macam pernah ku lihat situasinya, tapi di mana ya??

Sunday, June 18, 2006

I`m Back!

Uaaarghh!! aku baru terjaga dari lena yang panjang. Disebalik keghairahan piala dunia yang sedang berlangsung, tiba-tiba terlintas di fikiran aku tentang kejadian tanah runtuh di ulu kelang baru-baru ini. Apakah nasib mereka yang terlibat? Adakah mereka mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak yang terlibat? Adakah mereka mendapat pampasan dari pihak yang menaburkan janji-janji manis? Bagaimana pula dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kejadian ini berlaku? Adakah mereka akan terlepas begitu sahaja? Adakah kita sudah lupa akan kejadian yang telah membunuh 4 nyawa?
Aku rasakan pihak yang terlibat, yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini perlu digantung sampai mati!. Sepatutnya seseorang mesti mengaku bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku, bukan menunggu selepas siasatan selesai, selepas dibicarakan di mahkamah bertahun-tahun, baru nak mengaku bertanggungjawab. (heh, aku rasa, kalau dah jatuh hukuman pun tak nak mengaku bertanggungjawab lagi, siap buat rayuan yang ambil masa berbelas tahun- macam kes highland tower). Pemaju perumahan yang tamak memang patut dipersalahkan, bukan sahaja nama syarikatnya patut disenaraikan, malah nama individu disebalik syarikat dan terbabit secara langsung dalam kejadian ini patut disenaraikan dan dihukum dengan hukuman yang seberat-beratnya. Pihak berkuasa tempatan yang meluluskan projek terlibat patut diheret sekali ke muka pengadilan dan dipertanggungjawabkan.
Tapi.. pihak yang terlibat membunuh manusia yang tak bersalah dalam kejadian ini pasti lega, kerana keghairahan media dan kita terhadap piala dunia telah berjaya melarikan tumpuan pihak-pihak berwajib terhadap isu besar ini. Pasti "sampah"-"sampah" masyarakat itu sedang bergembira sekarang. Huh!

Tuesday, May 16, 2006

fix me!

When you try your best but you don't succeed
When you get what you want but not what you need
When you feel so tired but you can't sleep
Stuck in reverse

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream, down your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down your face
And I..

Tears stream, down your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down your face
And I..

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you.

too much happen in too short period/

terlalu banyak perkara berlaku dalam ruang masa yang terlalu singkat., hinggakan aku tiada lagi kekuatan untuk meneruskan blog ni..

Thursday, April 27, 2006

heppy besday!

selamat hari lahir pada aran dan merah. keduanya adalah sahabat rapat ku. keduanya memberiku inspirasi dan semangat. dan keduanya adalah insan yang istimewa dalam hidup ku. semoga kalian berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan dan hidup bahagia selamanya.. wish you best luck in this world!

Wednesday, April 26, 2006

fobia??

last night when I try to drive my friend`s car, there is strange feeling that make me creeps. my stomach not feel good and i felt difficult to breath. maybe this is post-accident syndrome. (",)

Tuesday, April 25, 2006

what is it mean?

Nama: Ahmad Hafidz Bin Mohd Rosdi.
No.Kad Pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx

Saya, pada jam 2.50 petang sedang memandu motokar bernombor BHE xxxx, Proton Iswara ketika bergerak terus melalui Batu 4,Jalan Meru, tiba-tiba sebuah motokar bernombor WGU xxx, Proton Wira telah melanggar saya dari belakang menyebabkan kenderaan saya meluncur kehadapan dan melanggar pembahagi jalan.
Impak dari kemalangan ini menyebabkan kerosakan pada motokar saya seperti, remuk pada bumper dan bonet, cermin tingkap hadapan pecah, tayar hadapan sebelah kiri tercabut, dashboard pecah, dan lain-lain kerosakan yang tidak dapat diketahui lagi.
Saya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan ini. Inilah laporan saya.
_________________________________________________

heh, bila aku lihat betapa jahanammya kereta aku, I consider myself a lucky man. I survived the accident uninjured and unscathed. The impact of the collision were so strong that my car only managed to stop moving after about 50 meter. Kacap said maybe the brake cable were snapped, huh I dunno because when I press the brake, nothing`s there.
ketika itu, aku sedang dalam perjalanan ke tempat kerja aku di Meru, ketika melalui Setia Alam, aku dapat lihat sebuah Proton Wira yang dipandu ala Schumacher memotong Fernando Alonso terus melanggar aku dari belakang. Aku memandu di lorong kanan dan disebelah kiri ku, ada kenderaan lain dan disebelah kananku adalah jalan yang masih dalam pembinaan. Impak dari pelanggaran itu menyebabkan aku terus melungsur ke jalan tak siap disebelah kananku dan bahagian kiri keretaku melanggar pembahagi jalan.
apabila keretaku berhenti, aku cuba untuk keluar semua pintu kereta aku tak dapat dibuka, disebabkan dihalang oleh pembahagi jalan. Aku terpaksa keluar melalui tingkap pintu belakang sebelah kiri, kerana itu sahaja jalan keluar yang ada.
apabila aku lihat kerosakan pada kereta aku, aku bersyukur, aku langsung tidak mengalami sebarang kecederaan. Perkara pertama yang aku buat selepas keluar dari kereta; mencari rokok aku yang dah tercampak kebawah tempat duduk aku sendiri, kemudian aku membuat beberapa panggilan ke tempat kerja, rumah, dan kawan - kawanku.
kemudian aku pergi ke kereta yang melanggar aku, huh pemandunya lelaki melayu dalam lingkungan 30-an. Setelah memaki semahunya, aku kembali ke keretaku, tidak sampai 10 minit, seorang call man menghampiri aku dan menawarkan khidmatnya. (Their service were sooo efficient). kemudian aku bersama call man tadi terus ke Balai Polis Trafik Klang untuk membuat laporan.
setelah selesai urusan yang berkaitan, aku pun pulang kerumah bersama kakak ku yang datang mengambil ku. Dan pada jam 6.30 ptg aku sudah berada di Restoran Hakim sampil menceritakan pengalaman aku pada kacap dan cput.
emm, pengajaran dari cerita diatas; pakailah talipinggang keledar ketika memandu, kerana walaupun anda memandu berhati-hati, tetapi jangan mengharap orang lain akn berhati-seperti anda. Tuhan masih memberi peluang untuk aku bertaubat, kerana sebelum ini aku memang jarang sekali memakai seatbelt. Kalau tidak, mungkin muka aku akan masuk surat khabar esok. heh